Versi Lama
Kirk Alyn
Superman
Pelakon pertama membawa watak Superman ke layar perak. Terdapat 15 bahagian filem Columbia hitam putih berdasarkan watak buku komik dengan tajuk yang sama. Kostum Superman berwarna kelabu dan coklat, bukannya merah dan biru, kerana warna itu lebih baik diambil dalam filem hitam dan putih.

1948 | televisyen
George Reeves
Adventures of Superman
Dua musim pertama rancangan ini difilemkan dalam hitam dan putih; musim tiga hingga enam telah difilemkan dalam warna tetapi disiarkan dalam warna hitam putih. Superman tidak ditunjukkan dalam warna sehingga tahun 1965, apabila siri ini disindiketkan ke stesen tempatan. Siri ini benar-benar tamat selepas Reeves meninggal dunia tahun 1959.

1952-1958 | televisyen
John Rockwell
The Adventures of Superboy
Hanya satu episod pilot dihasilkan ("Rajah's Ransom"), walaupun 12 skrip tambahan telah disediakan tetapi tidak pernah difilemkan. Ia memaparkan penggambaran buku bukan komik pertama Superboy dan Lana Lang dan konsep watak ini dilampirkan dalam siri Superboy dan Smallville.

1961 | televisyen
Bob Holiday
It's a Bird, It's a Plane, It's Superman
Muzikal Superman pertama pernah dihasilkan, dibuka dalam Broadway di Teater Alvin (kini dikenali sebagai Teater Neil Simon) di Manhattan, Bandar New York.

29 Mac 1966 | muzikal Broadway
David Wilson
It's a Bird... It's a Plane... It's Superman
Adaptasi TV muzikal 1960-an campy Broadway tentang Man of Steel, kawan-kawannya, musuhnya dan masalah imej dirinya.

1975 | muzikal televisyen
Christopher Reeve
Superman: The Movie
Pada asalnya dia ditolak oleh pengarah dan penerbit, menganggap dirinya terlalu muda dan kurus bagi membawa peranan Superman. Namun pada akhirnya dia dipilih dan telah meningkat berat sebanyak 188-212 paun semasa pra-produksi dan penggambaran. Superman II dikeluarkan pada tahun 1980; Superman III tahun 1983 dan Superman IV: The Quest For Peace di tahun 1987.

1978 | filem
John Haymes Newton
Superboy
Hanya muncul dalam 26 episod di musim pertama sebelum diganti. Di permulaan musim ketiga, siri ini telah diubah judulnya kepada The Adventures of Superboy.

1988-1992 | televisyen
Gerard Christopher
Superboy | The Adventures of Superboy
Gerard menggantikan John Haymes Newton bermula musim kedua sehingga musim keempat. Kemudian dia mengikut uji bakat untuk watak Clark Kent/Superman apabila Warner Bros memutuskan untuk mencipta siri TV baharu Lois & Clark: The New Adventures of Superman. Dia telah diambil, tetapi apabila mendapati dia telah memainkan watak Superboy, mereka menolaknya dan memberi lakonan itu kepada Dean Cain. Di permulaan musim ketiga, siri ini telah diubah judulnya kepada The Adventures of Superboy.

1988-1992 | televisyen
Dean Cain
Lois & Clark: The New Adventures of Superman
Siri ini lebih mencerminkan hasil konsep Superman yang dibutkan semula oleh John Byrne, menjadikan watak Clark Kent lebih tegas dan tanpa kekok mahupun cuai.

1993-1997 | televisyen
Tom Welling
Smallville
Di detik-detik babak penutup episod akhir, Clark Kent merobek bajunya buat julung kalinya, bersama satu-satunya adegan kostum penuh yang dilakukan dari jauh dalam sejarah siri ini dan dengan menggunakan teknik CGI, akhirnya Superman terbang ke angkasa dan menyelamatkan planet.

2001-2011 | televisyen
Brandon Routh
Superman Returns
Filem ini mengisahkan kepulangan Superman ke bumi selepas lima tahun menghilang. Filem ini adalah susulan keenam dan yang terakhir dalam francais Superman serta berfungsi sebagai dedikasi sekuel untuk filem Superman: The Movie (1978) dan Superman II (1980) - tanpa mengira 3 buah filem sebelum ini (Superman III (1983), Supergirl (1984) dan Superman IV: The Quest for Peace (1987).

2006 | filem
Henry Cavill
Man of Steel
Sepanjang tahun 2016-2019 filem ini kerap diura-urakan dengan pembahagian sekuel. Namun pada Januari 2020, James Gunn berkata bahawa dia ditawarkan untuk mengarah filem Superman, tetapi ditolaknya kerana ingin mengarahkan filem The Suicide Squad. Bagaimanapun, dia menafikan filem yang ditawarkan itu ialah sekuel kepada filem Man of Steel. Penampilan cameo Cavill yang terakhir sebagai Superman dalam filem Black Adam (2022).

2013 | filem
Craig Berry
It's a Bird... It's a Plane... It's... Superman
All Star Productions pada asalnya mempersembahkan tayangan perdana It's a Bird… It's a Plane... It's... Superman di United Kingdom pada Mac 2014 di Ye Olde Rose dan Crown Theater di London Fringe, dan kejayaannya itu memanfaatkan produksi ini melakukan sesi Broadway dari 10-21 Februari 2015 di Teater Leicester Square hanya untuk sepuluh persembahan tayangan terhad.

2014 & 2015 | Broadway
Cameron Cuffe
Krypton
Plot berlaku 200 tahun sebelum kelahiran Superman. Dalam siri ini juga tidak ada pendekatan watak Superman, tetapi siri ini memfokuskan kisah datuk kepada Superman iaitu Seg-El di mana plot cerita berlaku dalam House of El yang telah disingkir, diperendah dan dipermalukan.

2018-2019 | televisyen
Tyler Hoechlin
Superman & Lois
Versi Kal-El ini boleh dilihat dalam siri Supergirl. Dia memainkan watak sepupu kepada Supergirl, kononnya dia dihantar ke bumi untuk melindungi Kal-El. Oktober 2019, Tyler diberikan watak cerita tersendiri dalam siri berepisod Superman & Lois.

2021-kini | televisyen
Back to Top