7 February 2017
Blogging

Saya bukannya suka betul blog-blog ni. Gara-gara mau tanam cerita yang saya tulis sebab tu saya bikin blog.
Tidak tau mana hantar cerita, caranya bagaimana, dengan siapa, macam mana mau mula, semua tu saya mana tau.
Saya tau tulis ja, janji puas hati apa saya buat. Paling-paling tulis di Words pastu simpan. Kalau teknik zaman 90-an saya guna buku latihan sekolah bikin penulisan. Buku latihan sumbangan kerajaan Sabah; sumbangan Yayasan Sabah yang top masa tu. Dia punya cover tu keras sikit warna putih ada corak-corak entah apa suda tu.
Balik kepada topik blog, saya cipta blog semata-mata mahu menyimpan penulisan saya. Sekadar baca-baca dan simpan, hias-hias. Kau punya blog suka hati kau kontrol habis la. Teda orang kadcau kau, dan lagi satu teda orang mau pigi tingu blog kau sebab mana orang kenal. Lagipun saya tidak buka followers sebab hanya untuk tatapan sendiri. Lagipun, bukan ada butang promot pun. Paling-paling copy URL tampal sana Facebook feed. Baru orang terbaca. Tahun-tahun saya rasa perlu highlight.

Tahun 2000

Waktu gemilang sukan Olimpik, saya suka beli New Sabah Times. Tingu cerita tenis, renang dan lumba lari. Teda kerja habis Tingkatan 5. Oh, ada, hantar dan ambi anak buah dari sekolah, kakak bagi gaji RM1, nah kerja la tu. Faveret pemain tenis lelaki masa tu saya suka tingu Tommy Haas, dia pukul bola tenis guna pemegang. First time saya kenal pemain ni di TV. Tidak silap macam dia tidak sempat kawal racket dia, jadi bila bola sampai dia tempeleng guna tangkai racket. Skill kelam-kabut tapi smart! Pemain perempuan, of course la William sisters. Dua wanita adik-beradik ni kaki kijang, kalau durang berentap ja mesti bising.
Tahun ni juga banyak TV kasi siar wayang-wayang best. Salah satu jadi faveret dan ilham untuk penulisan saya ni: Mystic Knights of Tir Na Nog, Young Hercules, Nightman, paling siok ni siri episod The Legend of William Tell - NTV7 yang siar. Dari ni Young Hercules, Mystic Knights dan William Tell la terdorong penulisan cerita pahlawan saya yang pertama lahir - Mistik Kasel di Apollsus.
Tahun ni juga filem blockbuster Gladiator keluar. Russell Crow berlakon. Tak dapat tingu di panggung, doit takeh! Beli newspaper ja la, dapat tingu poster kecil hitam-putih di seksyen panggung. Tahun 2000 ni tahun kegemaran kedua paling saya suka!
Tahun 1999

Tahun ni tahun sekolah terakhir. SPM. Best moment walaupun kena singkir dari pengambilan SPM di sekolah sendiri sebab tidak bayar yuran tahunan. Orang susah bah. Masa ni juga, first time in my life rambut saya lurus dan sikat macam Nick Carter. Wella...the best product ever. Tapi bau dia punya kick, cuci berkali-kali sampai pigi sekolah masih tercium. Harga dia mahal betul masa tu, sekitar 40-50 tidak silap. Kira produk berkesan dan paling mahal selepas makan KFC. Member yang buat rambut saya. 
Tahun ni juga faveret filem Star Wars: Episode I - The Phantom Menace keluar panggung. Dapat tingu trailer di TV, cukup la.
Tahun 1998
Tahun ni saya terbikin cerita sains fiksyen selepas tingu movie Critters kali pertama di kaset video. Ni tape abang saya pinjam dari kedai video di Inanam. Dulu-dulu special, siap ada khidmat pinjam kaset video, betul-betul macam pinjam buku di library.
Tajuk penulisan saya ni Makhluk Hitam. Saya siap lakar lagi makhluk dia. Sama juga, saya tulis dalam buku latihan sekolah. Kesian bah ni buku latihan, balik-balik jadi mangsa rakus conteng cerita. Idea cerita ni ilham daripada ni movie lah. 80's movies the best and hilarious!
Tahun ni juga The Moffatts datang Palm Square, Centre Point buat show promo album sulung durang. Saya dan kawan-kawan collect duit bikin tambang bas pigi sana. Lewat kami sampai, sebenarnya tu show lewat pagi, kami datang petang. Ini lah masalahnya android belum wujud lagi, suratkhabar pun bukan beli hari-hari.
Tahun 1996

Tahun ni ialah tahun kegemaran paling saya suka dalam hidup. The first! Tidak tau kenapa, environment kali, memori bahagia kali. Oh, bukan, baru saya ingat, tahun ni pertama kali saya reka cerita pertama. Cerita UFO. Tajuk tu Flying X-commpension. Saya  tulis cerita ni dalam buku latihan coklat gelap tu, di belakang buku ada kolum sifir. Buku latihan kena beli untuk sekolah, tapi saya bikin conteng cerita. Oh, tahun ni juga saya tertingu filem kanak-kanak Return of Tommy Tricker. Best ceritanya, manusia boleh travel free-free dengan simply masuk dalam setem surat. Start dari tu filem saya beli setem banyak, dari simpanan barang dalam stor saya bongkar, nampak setem saya ambi. Tujuan: lekat semua setem-setem tu pada seluruh badan macam Tommy Tricker buat. Kononnya nanti bole la saya pun travel free-free. Stupid betul. Satu kali tingu sekarang tu filem, dia lekat setem seluruh badan sebab budak tu nazak, perlu disetemkan supaya budak tu kembali pulih.

Cheerio!

Read more