19 April 2018
Superman: Di Balik Mantel Merah
Sejak Superman menjadi pujaan kanak-kanak di awal kemunculan hero komik ini, mulalah pengarah dan penerbit filem mencari peluang mengaut keuntungan dengan melayarkan pelakon bagi membawa ikon Superman ke persada perfileman. Tetapi tahukah anda orang yang pertama membawa sut Superman ke mata umum ialah Ray Middleton? Dengan ringkas, mari kenali beliau. Ray Middleton tampil sebagai Superman yang pertama kepada umum sewaktu festival 'Superman Day' di New York World's Fair tahun 1940.
Kita lihat pula dari sudut pementasan; Bob Holliday, pelakon teater yang pertama membawa watak Superman ke pementasan. Sambutan teater pada waktu itu cukup laris sehingga menaikkan nama beliau di Hollywood serta-merta.
Ray Middleton sewaktu festival 1940
aksi Bob Holliday seketika pementasan
Kirk Alyn pula ialah pelakon pertama Superman ke layar perak. Maksudnya, julung kali dipaparkan ke kaca televisyen. Zaman itu teknologi masih berkonsepkan warna hitam-putih. Namun adegan Superman terbang digayakan dalam animasi kartun dalam siri ini.​​​​​​​ Sama ada teknologi masa itu kurang mahupun dengan sengaja dianimasikan sedemikian, rancangan ini melonjak popular - khususnya kanak-kanak. Sudah tentulah animasi dibubuh kerana zaman itu Superman sangat glamor di kalangan kanak-kanak.
Kirk Alyn
Mayo J. Kaan
​​​​​​Tetapi lain pula ceritanya dari Mister Bodybuilder ini. ​Mayo J. Kaan tampil dengan ura-ura mengatakan fotografinya diambil untuk sampel lakaran Joe Shuster 'Superman'. Malahan, fotonya diambil untuk animasi Fleischer Studios berdasarkan Superman tahun 1973, dan ada juga mengatakan bertujuan mempromosikan filem pendek Macy 'Krypto Ray Gun' untuk kanak-kanak. Hakikatnya, dia bukannya model untuk lukisan watak Superman yang sebenar; sebaliknya ia hanya sekadar satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Mayo sendiri pada tahun 1997.​​​​​​​

Joshua Boultinghouse
Joshua Boultinghouse sewaktu Superman Celebration
Pelakon Joshua Boultinghouse ini pula bakal muncul semula sebagai Superman dalam fan film akan datang Superman vs Doomsday. Boultinghouse pernah membintangi sebagai Man of Steel dalam fan film Superman: The Golden Child serta siri YouTube Super Power Beat Down. Dia juga dengan rasminya menjadi ikon Superman untuk Superman Celebration setiap tahun di Metropolis, Illinois sejak 2008.
Inilah antara pembawa watak Superman yang dianggap asas bagi merealisasikan Superman terus berkembang dan 'terbang' menguasai atmosfera persada seni. Semoga terhibur membaca!

Read more